Monday, January 2, 2017

Kembar.

Kembar.
 
Motor Jenama sama. Warna sama. Plat hampir sama.

Usai berurusan di Klinik 1 Malaysia. Dalam keadaan tubuh yang agak lemah akibat demam selesema. Saya berjalan perlahan keluar dari klinik.

Begitu banyak motor parkir diluar klinik.

Saya hampir terkulai melihat kedudukan motor saya. Sedang diapit rapat kiri dan kanan oleh motor lain.

Lebih malang. Sebuah kereta pula diparkir rapat dihujung motor saya.

Jika motor itu boleh dikeluarkan, saya mudah untuk mengelurkan motor saya yang terletak disebelah dalam.

Disebabkan tubuh agak lesu. Saya terus duduk ditembok pasu bunga.

Datang seorang lelaki. Terus duduk diatas motor saya.

Dia kelihatan begitu marah. "Bodoh betul la driver ni, macam mana aku nak keluar!"

Dia terpandang saya. "Saudara, ini motor siapa?" sambil menunjukkan kearah motor seseorang.

"Entah, saya tak tahu, kalau motor itu keluar, saya pun boleh keluarkan motor saya." saya juga meluahkan rasa geram.

"Motor awak yang mana satu?" soal lelaki itu.

"Itu, yang tuan duduk tu, itu motor saya." dalam keadaan marah, saya hampir ketawa.

"Eh." lelaki itu memandang motor saya dan motor miliknya.

"La ... itu motor aku!" lelaki itu terus ketawa mengenangkan kesilapannya.

Terus sahaja dia menghidupkan enjin dan bergegas pergi.

Dan dengan mudah, saya juga menghidupkan enjin dan merempit pulang.


.
.

Abang Long.
Macam-macam.

No comments:

Post a Comment