Wednesday, January 4, 2017

KOSONGKOSONG.

KOSONGKOSONG.

.
.

Usai membuat latihan Matematik. Anak bongsu saya terus bertanya.

"Abah, kalau RM2.6b, ada berapa kosong?"

Saya ambil sehelai kertas kosong. Dan saya tulis satu persatu kosong sehingga mencapai jumlah 8 kosong.

"Fuyoo, banyaknya kosong!" anak saya menjerit kecil.

Kemudian dia termenung panjang sambil melihat kertas itu.

"Abah..." dia memandang wajah saya dengan sayu.

"Kalau macam tu, Adam bagi sikit je kat Allah tiap minggu." luahnya jujur.

"Adam bagi apa kat Allah?" saya pula yang termenung.

"Adam bagi RM1.00 je kat tabung hari Jumaat, baru ada 2 kosong."

Sambil saya mengusap rambutnya. Saya menyuruhnya bersiap untuk tidur.



.
.

Abang Long.
Semua manusia bermula dari KOSONG.

 

No comments:

Post a Comment