Monday, January 2, 2017

Alat Pengimbas.

Alat Pengimbas.

Saya sengaja tidak mahu melihat gelagat seorang wanita yang tekun mengimbas satu persatu barangan yang mahu dibelinya.

Setiap barangan yang diimbas melalui alat yang terlekap pada dinding pasaraya itu dicatitkan harganya. 

Barangan yang diambilnya, rasanya semua adalah produk keperluan harian.

Anaknya yang berusia dalam lingkungan 5 tahun kedengaran merengek disisinya.

Sewaktu sedang beratur dikaunter. Barulah saya perasan yang wanita itu mengandung. Sebelah tangan memegang troli. Sebelah lagi memimpin anaknya.

Barang yang dibelinya tidak banyak.

Rasanya dalam anggaran RM100. Ataupun mungkin tidak mencecah RM100.

Sewaktu berada dilaluan kaunter. Wanita itu kelihatan agak resah. Si anak pula semakin kuat esak tangisnya. Mahukan sesuatu.

Giliran wanita itu. Dia hanya menunggu dihujung kaunter. Tiba-tiba wanita itu meminta supaya barangan itu dikeluarkan.

"Tak pe dik, akak tak nak ambil kicap dan halia tu."

Kelihatan wanita itu agak menggigil sewaktu mengeluarkan wang kertas RM100.

Wajahnya agak keruh. Si anak semakin kuat tangis esaknya.

"Shafiq, boleh diam tak!" wanita itu menengking anaknya dengan agak kuat.

Semua mata memandang kearahnya. 

"Adik nak apa?" seorang gadis bertanya dengan senyuman dan memujuk.

Anak kecil itu menunjukkan kearah produk coklat yang agak mahal.

Si gadis itu terus mengambil coklat itu dan diserahkan kepada anak kecil itu.

Wanita itu terdiam tanpa berkata apa-apa.

"Sorrylah dik, akak ingat duit cukup, rupanya akak terlupa kira ikut GST." wanita itu meluahkan sesalnya.

"Tak pe." balas gadis itu ringkas, dan terus berlalu. Sambil mencubit pipi anak kecil itu.

Setelah gadis itu berlalu agak jauh, tiba-tiba wanita itu menjerit sekali lagi.

"Dik, terima kasih belanja anak saya."

Gadis itu hanya mengangkat tangan.

#HikmahSuriTauladan2


.
.

Abang Long.
Sesekali bertemu dengan insan yang pantas mengaut pahala.

status.

No comments:

Post a Comment