Dot. Dot. Dot.
1001 satu malam saya memikirkan, samada hendak tulis dan siarkan atau tidak.
Ini bukan kisah biasa. Ini kisah tentang seks.
Ini tentang kisah seks orang lelaki.
Ini kisah tentang seks lelaki yang telah melepasi usia 40'an.
Ini kisah tentang sikap lelaki yang normal, tetapi ada rasa 'gatal' dan 'miang.'
Mulanya saya terfikir untuk meletakkan berpuluh pautan tentang libido atau nafsu seks lelaki. Tetapi, saya terfikir pula. Siapa yang nak klik dan baca dokumen dan kertas kerja yang panjang berjela ?
Kerana apa saya terfikir tentang libido seks lelaki yang telah melepasi 40'an ?
Saya telah melihat banyak kes (maaf saya hanya melihat dan saya tidak membuat sebarang kajian) yang melibatkan lelaki dan seksual mereka yang telah melepasi usia 40'an.
.
.
.
Kisah (1).
-
Seorang lelaki, berusia 76 tahun. Telah 10 tahun isterinya meninggal dunia. Telah beberapa kali cuba meminang wanita lain. Semuanya ditolak. Lelaki ini agak berharta.
Setiap kali berjumpa dengan pakcik ini. Atau dalam mana-mana majlis keraian. Dia selalu bercakap atau bergurau tentang seks secara berlapik.
"Jangan ingat orang seperti aku dah tak berguna, cuba bagi mak dara, confirm dia boleh tersenyum."
.
.
.
Kisah (2).
-
Seorang lelaki, berusia 67 tahun. Penjual ubat-ubatan tradisional. Isterinya telah beberapa tahun meninggal dunia. Juga tidak berkahwin lagi. Agak miskin dan dhaif kehidupannya.
Apabila ditanya. Kenapa tidak menjual ubat-ubatan tradisional lagi ?
Jawabnya mudah.
Ubat-ubatan dan akar kayu serta herba itu boleh membuatkan nafsunya selalu tidak terkawal.
Jika nafsunya memuncak. "Itu yang menjadi masalah pada aku!"
Bahasa mudahnya. Tidak ada kawasan tadahan hujan.
.
.
.
Kisah (3).
-
Seorang lelaki berusia 60 tahun. Sering kesepian. Isterinya sering tidur di rumah anak cucu.
Isterinya berusia 66 tahun.
Bila ditanya kehidupan sebagai lelaki normal.
Ini jawapannya. "Diorang (isteri) ingat, bila sudah tua-tua begini, tak perlu ingat pasal hubungan intim, kadang-kadang aku jadi gila meroyan juga, pernah juga teringat nak minum racun ..."
.
.
.
Beristighfarlah semua pembaca.
LELAKI. Sampai dah nak mati sekalipun. Nafsunya tidak mati.
Wahai para isteri yang solehah sekalian. Dari apa yang saya baca dan faham.
Air mani atau sperma lelaki, paling kurang, harus dikeluarkan 1 kali seminggu atau 3 kali sebulan.
Jika tidak mampu bersetubuh atau berjimak. Maka, isteri bertanggungjawab menggunakan apa sahaja cara atau kaedah untuk mengeluarkan air mani atau sperma suami, tidak kira dengan apa cara sekalipun.
Saya tidak mahu bercakap dari segi hukum. Apatah lagi bercakap tentang Kaedah KAMASUTRA.
Kerana, sudah pasti lelaki adalah haram untuk melakukan onani atau melancap.
Tetapi, suatu keharusan jika perbuatan itu dilakukan oleh isteri atau pasangan yang sah.
Apabila air mani keluar. Seorang lelaki itu akan merasa tubuhnya agak ringan. Terasa suatu kelegaan. Fikirannya menjadi lapang.
DAN. Saya berani katakan bahawa. Akan kurang atau semakin lenyap -
Kegatalan atau kemiangan sikap seorang lelaki.
.
.
Jika ada yang menyatakan bahawa status ini LUCAH dan keterlaluan. Saya dengan rendah hati akan memadamnya.
.
.
TETAPI. Jika anda merasakan status ini berguna untuk orang ramai. Sila ambil untuk dikongsi bersama.
TIDAK PERLU BERTANYA ... MOHON SHARE.
.
.
Abang Long.
Rasa Lega bila dah tulis.
No comments:
Post a Comment