Wednesday, January 4, 2017

Mmeberi dan menerima nasihat.

Memberi & menerima nasihat.

Duduk di atas tangga di stesen komuter bukanlah satu tempat yang selesa. Namun, kerana gastrik, saya duduk sebentar sementara gastrik reda sedikit.

Dibawah tangga, 2 orang pelajar tahfiz (mereka pakai jubah dan berserban), sedang mencampakkan kepingan roti ke arah 2 ekor anjing.

Rasanya sementara menunggu komuter tiba. Mereka melayan 2 ekor anjing yang kelaparan itu.

Seekor ibu dan seekor anak. 

Satu sifat terpuji.

Setelah roti habis. Si anak anjing terus berlari menerpa ke arah kedua-dua pelajar tahfiz itu.

Memang gamat. Bayangkan kedua-dua pelajar tahfiz yang berjubah itu berlari menyelamatkan diri.

Tidak jauh. Mereka berlari berpatah balik. Mereka menuju ke arah tangga. 

Spontan, saya terus menjerit.

"Dik, berhenti terus!"

Dan kedua-dua pelajar itu berhenti. Seketika itu juga si anak anjing itu turut berhenti. 

Anak anjing itu terus duduk di sisi pelajar itu sambil menjelirkan lidahnya.

Dalam keadaan tercungap-cungap. Kedua-dua pelajar itu terus ketawa.

Mereka pandang anak anjing itu. Dan, menariknya anak anjing itu memandang ke arah mereka berdua.

"Kami ingat dia nak gigit kami!"

"Tak, saya rasa anak anjing itu hanya nak berada dekat kamu, itu sahaja, lain kali jangan lari, jalan perlahan dan jauhkan diri..." saya menerangkan keadaan sebenar tabiat anjing.

"Ha, makcik pun ingat anjing tu nak gigit kamu!" tiba-tiba seorang wanita warga emas menegur dari belakang saya.

Saya mengengsot ke tepi sedikit bagi memberi laluan kepada wanita itu untuk turun tangga.

"Yang kamu duduk disini kenapa?" soalnya wanita itu.

"Saya sakit perut, gastrik, tak mampu nak jalan." sambil saya pegang perut.

Dari perbualan ringkas, rupanya, wanita itu mengamalkan memakan makanan herba. Tubuhnya kelihatan masih tangkas. 

Memang saya tak percaya umurnya telah mencecah 83 tahun. Tetapi dia dengan bangga menunjukkan kad pengenalannya. 

Sejujurnya saya terpukau !

Dia mengesyorkan saya mencari DAUN BELALAI GAJAH. 

Untuk mencuci usus katanya. Itulah punca gastrik.

InsyaAllah. Disebabkan kita hidup zaman kemajuan internet. Maka, mudah sahaja untuk mencari maklumat di HUJUNG JARI SENDIRI



.
.

Abang Long.
Gastrik dah lama dah ...

 

No comments:

Post a Comment