Monday, January 2, 2017

Ops, auwww ...

Ops, Auwww ...

Seorang Mak Nyah - wanita / lelaki (?) duduk bersebelahan saya. Menantikan nombor giliran kami. Kami berbalas senyuman.

Dia sengaja menunjukkan nombor gilirannya. Oh, nombor giliran kami dekat.

Sewaktu nombor gilirannya sampai, serentak itu juga nombor giliran saya sampai.

Kami masuk hampir serentak.

Ada tiga meja didalam bilik rawatan. Dengan tiga orang Doktor bertugas serentak.

Sesi soal jawab bermula ringkas. Pesakit menceritakan penyakit masing-masing.

Kemudian saya mendengar perbualan dimeja sebelah.

Mak Nyah - Lelaki / perempuan (?) itu diarahkan naik ke atas katil oleh Doktor wanita yang bertugas.

Serentak itu, langsir ditarik bagi menutup ruang privasi. 

"Take out your pads." jelas kedengaran arahan Doktor kepada pesakit itu.

Saya tersedak !

Sebaik mendapat preskripsi ubatan dari Doktor, saya pun keluar.

Sewaktu menunggu nombor giliran untuk mendapatkan ubatan. Mak Nyah itu sekali lagi tiba dan duduk dibarisan kerusi saya.

"Awak sakit apa?" saya sekadar berbasa basi.

"Bisul, kat bawah punggung, dah pecah." Mak Nyah itu menjawab dengan dahinya berkerut seribu.

Saya menganggguk. 

"Terpaksalah hari ini pakai pad ..." Mak Nyah itu menjawab. Tapi kali ini wajahnya seperti mahu ketawa.

Bagi mengelakkan rasa malu. Saya memberikan alasan paling logik. "Yalah, kalau dah bisul dikawasan itu pecah, takkan nak pakai plaster yang kecil tu?"

Maaf ya kepada golongan Mak Nyah. Sebenarnya saya kurang arif hendak menggunakan perkataan yang sesuai dan harmoni.



.
.

Abang Long.
Semua jenis manusia adalah sama.

 

No comments:

Post a Comment