Monday, January 2, 2017

Senyum V Sebak.

Senyum V Sebak.

Malam tadi, saya sebagai sukarelawan BAITUL FIQH, bersama Pengerusi dan seorang sahabat. Menziarahi seorang penghuni yang baru sahaja melahirkan bayi.

Malangnya.

Bayi itu telahpun meninggal dunia didalam rahim.

Si ibu tersenyum apabila melihat kami menziarahinya.

Hanya sedikit kata-kata penguat semangat yang saya sampaikan kepada ibu muda itu.

Sedih memang sedih. Beliau sebak tetapi telah bersedia menghadapinya. Kerana sepanjang proses pemulihan di BAITUL FIQH. Kami membimbing mereka untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Jiwa mereka dibersihkan.
Hati mereka dijinakkan.
Perasaan mereka dipulihkan.

Usai ziarah. Kami terus bergegas mendapatkan jenazah anaknya untuk diuruskan.

Dibawa ke masjid untuk disempurnakan.

Dan kami pergi ke tanah perkuburan selepas Isyak. Bersama jawatankuasa masjid bagi pengurusan jenazah.

Tenanglah kamu didunia abadi wahai anak yang masih kecil.

Nantikan ibumu dipintu syurga.

AMIN.


.
.

Abang Long.
Jauhilah dari  ZINA.

No comments:

Post a Comment