Monday, January 2, 2017

Menangis dek GST.

Menangis tak berlagu ...

Dengan setiap penghantaran buku dan novel. Sampul POS LAJU yang digunakan. Adalah diantara RM6 - RM15. 

Apabila dikira GST. Saya perlu membuat penambahan sebanyak diantara:
RM0.36 sen - RM0.90 sen.

Maka, jika saya tidak mengenakan caj keatas pelanggan. Saya yang perlu menanggung kos GST. 

Sebagai peniaga kecil. Saya memang tidak layak untuk membuat tuntutan GST.

Ini bermakna saya yang menanggung kerugian.

Dengan setiap bekas DADIH yang kami usahakan. Harga susu dan segala bahan mentah yang digunakan. Kami terpaksa menanggung kos sebanyak diantara RM0.25 - RM1.35.

Ini bermakna. Bagi setiap 50 bekas dadih. Keuntungan kami akan menyusut sebanyak RM12.50

Setakat ini, kami hanya memberikan tumpuan untuk mendapatkan segala produk termasuk bekas dadih dari pasaraya Mydin.

Ini membawa maksud. Saya tidak lagi pergi ke kedai runcit.

Kesannya. Beberapa sahabat yang membuka kedai runcit telah mengalami tekanan hidup yang amat perit. 

Semua orang mengeluh.

Saya hanya mampu berkata. "Bersabarlah, kita yang pilih."


.
.

Abang Long.
Sabar itu ada hikmah.


 

No comments:

Post a Comment