Monday, January 2, 2017

Batu nisan.

status.
 
Orang Penakut Dihulurkan Batu Nisan.

Hendak ke kampung jiran, saya perlu melintas kawasan tanah perkuburan. Namun, langsung tidak menyeramkan. Setiap masa, orang ramai melalui kawasan itu.

Selepas Isyak. Saya terus kerumah pelanggan.

Sebaik tiba dirumah pelanggan. Hanya dengan satu kali salam. Pintu rumah terkuak. Dan muncul seorang wanita. 

Berpakaian baju kelawar. Rambut menggerbang. Berdiri dihadapan pintu. Lampu mentol yang suram.

Kelihatan wanita itu terpinga-pinga.

"Cari siapa?" soalnya.

Setelah menerangkan yang saya ke rumahnya kerana menghantar novel yang dipesan. Nama betul. Alamatnya pun betul.

"Ain!" pekiknya nyaring.

Berdegup jantung saya.

Si wanita terus masuk kedalam rumah. Dan wanita kedua keluar.

"Encik, maaf ya. Boleh tolong hantar novel tu kerumah anak yatim dihujung tu?" pinta wanita itu.

Saya kurang faham.

"Alah, senang je, rumahnya bertentangan dengan kedai buat batu nisan. Tapi, jangan cakap saya yang suruh, bagi je novel tu pada mereka, janji ya jangan bocorkan rahsia."

Saya terus bergegas ke rumah yang dimaksudkan. Bersetentang dengan kedai membuat batu nisan. 

Hampir 10 minit saya menunggu diluar rumah.

Akhirnya, muncul seorang anak kecil berseluar pendek, kepala botak. Perut buncit.

Tersengih sambil menggonggong botol susu.

"Nah, ambil novel ini, bagi pada akak ya ..."

Terdengar jeritan dari dalam rumah. "Yul, siapa tu?"

Gedegang ! Pintu ditutup kuat.

Saya terus pulang. Sempat menjeling kearah kedai batu nisan.

Hati berkata. Allah kan ada ...
 
 
.
.
 
Abang Long.
Dulu berani, sekarang penakut. 

No comments:

Post a Comment