Monday, January 2, 2017

Penghalau nyamuk.

Penghalau nyamuk.
Penarik rezeki ?

Sewaktu melintas surau berdekatan rumah saya. Waktu itu hampir jam 12 tengah malam. Saya melihat lampu didalam surau terang benderang.

Mulanya saya teragak-agak untuk berhenti. Maklumlah, saya bukan seperti orang yang berani.

Namun, apabila saya melihat kipas berputar dari luar. Saya memberhentikan motor.

Saya menjengah melalui cermin tingkap.

Kelihatan 3 orang didalamnya. Seorang sedang bersolat, manakala 2 orang lagi sedang tidur.

Saya beranikan diri masuk dan terus memberikan salam.

Salam saya bersambut. Dan saya mendengar dengan jelas suara takbir seorang jemaah yang sedang bersolat.

Rupanya mereka adalah jemaah Tabligh yang menumpang di surau kami.

Mereka tidak boleh tidur akibat nyamuk yang begitu banyak.

Saya terus pulang dan mengambil penghalau nyamuk elektrik dan segera ke surau dan menyerahkan kepada mereka.

Ucapan terima kasih tidak lekang dari bibir mereka.

Keesokan harinya. Sewaktu Subuh, mereka bertiga sudah tiada.

Namun, alat penghalau nyamuk milik saya masih ditempatnya.

Usai solat. Saya mengambil semula alat tersebut. 

Namun, saya ditegur oleh seorang jemaah. 

"Eh, alat itu kamu punya?"

Saya hanya mengangguk dan tersenyum.

"Kamu tidur disini semalam?"

Ya Rabbi. Inilah soalan yang akan menjadi lebih panjang kalau saya menjawabnya.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.

Peristiwa itu terus bermain dikotak fikiran saya. Saya mahu melupakannya.

Dan. Menjelang petang, saya menerima sms dari seseorang.

Membuat pesanan dadih yang saya agak terpana.

Pesanan sebanyak RM2,000. Satu pesanan yang tidak pernah saya terima sebanyak itu, sepanjang saya mengusahakan bisnes ini.

Sekali lagi otak saya ligat berfikir. 

Allah suruh kita - Sabar dan Solat. DIA yang menyelesaikan masalah kita dengan mudah.

.
.



Abang Long
Sujud syukur.



 

No comments:

Post a Comment