Monday, January 2, 2017

Saka. Sakarat. Sakratulmaut.

Saka. Sakarat. Sakratulmaut.

Langsir pesakit diselak bagi melihat perkembangan pesakit yang sedang menunggu untuk meneran.

Terbaring seorang wanita dengan wajah tua dan amat menakutkan. Rambutnya panjang melepasi katil.

Jururawat hampir menjerit. Terus sahaja menutup kembali langsir. Dengan terketar-ketar jururawat itu terus keluar dari bilik bersalin.

Katil itu sebenarnya didiami oleh seorang gadis yang akan bersalin. 

Sebentar kemudian. Jururawat itu menghubungi penjaganya.

"Maaf puan, adakah gadis itu ... ada 'membela atau penunggu?" gugup jururawat itu bertanya dalam talian.

"Tidak ada apa-apa, insyaAllah, banyakkan berzikir." pesan penjaganya, ringkas.

Setelah dua jam berlalu. Pihak hospital membuat satu lagi panggilan.

"Puan, maaf ya sekali lagi mengganggu. Pesakit kami merayu untuk memindahkan anaknya yang akan bersalin kerana beliau mendakwa anak jagaan puan mengilai disebelah katilnya..." 

Pihak penjaga terpaksa melakukan alternatif lain dengan mengirimkan seorang ustaz yang juga pengamal perubatan Islam untuk mengawal situasi.

Hampir Maghrib. Pihak hospital terpaksa membuat pembedahan. Dan seorang bayi dilahirkan.

"Pihak kami terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa kedua-duanya."

Berhati-hatilah dengan perbuatan 'memindahkan' SAKA.


.
.

Abang Long.
Kembalilah kepada fitrah beragama.

No comments:

Post a Comment