Monday, January 2, 2017

Masin mulut.

status.
Apr 29, 2015 10:01pm


Masin mulut.

Hampir berlaku kemalangan. Apabila sebuah kereta terus sahaja masuk kedalam laluan tanpa sebarang isyarat.

Jarak kereta teramat dekat.

Pemandu terpaksa menekan brek dengan agak kuat.

Saya yang duduk dibahagian belakang hanya mampu melihat dan rasa terkejut yang teramat sangat. Saya memejamkan mata dan berusaha mengosongkan fikiran. Kerana tidak mampu memikirkan situasi yang amat mendebarkan.

Sahabat saya yang duduk dibahagian hadapan, bersama ayah saudaranya yang menjadi pemandu, terus meluahkan rasa amarah.

Dihamburkan segala kata nesta keatas kebiadapan pemandu yang seperti samseng.

Ayah saudaranya tetap memandu dalam keadaan begitu tenang.

Seolah-olah, tiada apa yang berlaku.

Tidak berapa lama. Barulah pemandu memulakan kembali perbualan.

"Kita kena banyak bertenang dan beristighfar." itu sahaja nasihatnya.

Setelah beberapa hari berlalu. Dalam perbualan melalui telefon. Barulah saya dimaklumkan yang ayah saudaranya memang bersikap begitu sejak balik dari perguruan di Acheh beberapa tahun yang lalu.

"Masin mulutnya, sudah beberapa kali orang yang dimarahinya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya..." dedah sahabat saya.

Semua yang berlaku adalah dengan IZIN NYA.


.
.

Abang Long.
Orang tua lebih awal makan garam.

No comments:

Post a Comment